Pages

Saturday, October 23, 2010

System Comment baru d' blog ini!!

Blog ini telah menggunakan system comment baru..hehehe..Kali ini ak menggunakan sistem komen dari IntenseDebate.Bnyak ugak kelebihan ble menggunakan sistem dari  IntenseDebate nie.Nak install pada blog pon amat senang dan tidak memerlukan masa yang lama..amat mudah..





Pada mulanya ak try sistem komen nie kt blog komuniti persatuan aku..ternyata performance ok dan load pon laju. Kelebihan menggunakan sistem nie bnyk gak antaranya: 

Dasboard :  
Sistem nie mempunyai dashboard yang tersendiri. Dashboard ini akan menentukan rupa bentuk ruangan comment anda dan jika mahu mengubah suai, tidak perlu lagi edit html dalam blog, edit dari dashboard jep..itu kelebihan sistem ini.. :)

Komen guna akaun Facebook :
Jika tak nak komen dengan cara biasa yg menggunakan url dan email, boleh guna profile facebook. Lebih senangkan jika sesiapa yang selalu online facebook.. :)

Plugin Commentluv : 
Dengan plugin ini pengunjung yang berhasrat untuk memaparkan entri dalam blog hanya perlu memasukkan url yang disediakan.Secara tidak langsung boleh mempromosikan blog anda..hehe..cool kan.. :)


so..kalau korang sume nak try sistem nie klik kt link neh http://intensedebate.com
jangan lupa komen pasal prestasi sistem neh owkey..dan jangan lupa untuk memasukkan url anda..promote ket blog anda..hahahaha..peace!!!

credit to : unwanted86

Read more...

Tuesday, October 19, 2010

FINAL PROJECT PROGRESS PART 2

Skrg ak nk post entri final project progress part 2 lak..sambungan drpd entri final project progress part 1..hurm..tarikh akhir untuk present final project adalah 8/11/10 nie..da tak lame dah tue..alhamdulillah..sume berjalan dengan lancar..so far so good..semua wires connection ngn programming da mengikut apa yang dikehendaki..tapi hardware jep perlu banyak kena baiki..kasi mantop ket..hahaha..tpi satu jep problem..kegagalan untuk mengkemekkn tin..coz pneumatic x ckup kuat nk kemekkn..xpe2..ekgi ak ngn partner ak a.k.a serraf akan cari jalan penyelesaian..dun wurry..be hepy..mse bnyk lgi neh..kena wt R&D ea..hahaha..go can crusher go!!!

ngn partner aku..mr serraf namenye..

                                      hardware kena kasi "smooth" ket agi..bwu cun

wires connection ngn programming da settle!! :)

detik percubaan pertama..hohoho

 mr amir ngn project stadium dia..hohoho..

Read more...

Saturday, October 16, 2010

Koleksi Kuliah Ustaz Azhar Idrus VCDRip Mediafire Links


Info:
Ustaz Azhar Idrus tak perlu diperkenalkan lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan Pantai Timur. Ceramah dan Kuliyah agama beliau yang bersahaja dan mesej yang disampaikan "terang lagi bersuluh" membuatkan sekali dengar nak dengar lagi. Walaupun begitu, ada juga golongan tak berapa nak paham mesej yang disampaikan dan terus potong babak sekerat-sekerat like tv3 dan rtm. ohhhhh..Sedikit biodata Ustaz Azhar Idrus dibawah.
  • Asal Kampung Ladang, Kuala Terengganu.
  • Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
  • Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
  • Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
  • Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
  • Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
Ustaz Azhar Idrus juga dikenali sebagai seorang photographer yang baik. Jom usha website gambar yang beliau dan team beliau capture http://www.digitalmukmin.com/. Memang menarik. tapi kebanyakan dah diedit dengan photoshop. Oh jika ada sebarang pertanyaan boleh sahaja di ajukan soalan di website beliau http://www.ustazazhar.com/v1/. Selamat mendownload!

*Credit to abart@asscrewz 


Genre:
Kuliyah Agama | Islamic

Download Link:

Tilam Daun Pisang
part 1 - http://www.mediafire.com/?tjzmyytgnmy
part 2 - http://www.mediafire.com/?mnwlyomwngm
part 3 - http://www.mediafire.com/?tnnyznj3tzz
part 4 - http://www.mediafire.com/?mmwejjhdjmj
part 5 - http://www.mediafire.com/?qygz5orgznw

*Kerajaan Langit
part 1 - http://www.mediafire.com/?wznykoyxzwy
part 2 - http://www.mediafire.com/?ownyzntimzo
part 3 - http://www.mediafire.com/?jgzm5gxlm1i
part 4 - http://www.mediafire.com/?mghogkinjze
part 5 - http://www.mediafire.com/?knhd5w2zmxm
part 6 - http://www.mediafire.com/?mmd2l3hnzkb



Read more...

How to be a 'Kaki Download': Asas Seorang Beginner

Pengenalan:
Kini dunia dihujung jari anda. Tapi tak pula patah jari tu. Kehairanan disitu. Internet kini memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. 'How to be a 'Kaki Download': Asas Seorang Beginner' akan menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadi seorang kaki download. Artikel bermanfaat ini akan menyentuh tentang 'Software-software asas' bagi memudahkan anda menjadi seorang kaki download yang berjaya hendaknya.

Software Asas:
Software memainkan peranan yang penting untuk anda menjadi seorang kaki download. Antara software ASAS yang PERLU ada dalam komputer seorang kaki download adalah:
Penerangan:
  • K-Lite Codec: K-Lite Codec ni dalam bahasa mudah dia, kena install benda ni dlu baru bleh play semua format movie yang Windows tak support macam .mkv, .rmvb, etc etc.
  • Flash Player: Untuk play video dari browser internet korang. Klau tak ada yg ni video-video kat internet browser (firefox, IE, Opera) korang mmg tak leh play la.
  • 7Zip, WinRAR: fungsi kedua-dua benda ni adalah untuk mengextrct file-file yang telah didownload oleh korang. Kan slalu download ada file yg dot zip lah, dot rar lah, dot 001 lah, dot r01 lah..macam-macam la. So kena lah guna 7Zip dan WinRAR ni. Tapi sy lebih syorkan penggunaan 7Zip kerana 7Zip lebih universal dan ringan.
  • Internet Download Manager (IDM): medium pendownload yang paling pemes kat Malaysia ni. Memang kena guna IDM ni sebab dia bagi lajukan lagi transfer rate download. Ada juga downloader lain yg best macam JDownloader dan Orbit tapi sy lebih selesa dengan IDM.
Kesimpulan:
Kesemua yang dinyatakan cuma software-software ASAS saja yg perlu ada bagi anda yang baru menceburkan diri dalam dunia yang hebat ni. Kira baru bertaraf Beginner la.
credit to : Kamil from Aku Muzik Hampa


Read more...

Burger McDonald's tidak busuk selama enam bulan



BURGER dan kentang goreng di atas pinggan di apartmen Sally Davies di New York pada 14 Oktober lalu.


NEW YORK - Burger daging dan kentang goreng McDonald's didapati tidak busuk selama enam bulan selepas ia dibiarkan berada di atas pinggan di dalam apartmen seorang wanita, Sally Davies di New York.
Wanita itu membeli set Happy Meal McDonald's enam bulan lalu dan dia tidak memakannya.
Apa yang dibuat dengan burger itu ialah dia merakamkan gambar makanan tersebut dengan kamera bagi melihat sama ada ia mengalami perubahan selama enam bulan. Dia membeli burger dan kentang goreng itu pada 10 April lalu.
Burger dan kentang goreng yang tidak busuk itu pernah disiarkan dalam beberapa program televisyen dan menjadi perdebatan semasa orang ramai memikirkan bagaimana makanan segera boleh menunjukkan perubahan bentuk selepas enam bulan berada di atas pinggan.
"Ia (merakamkan burger itu selama enam bulan) bermula dengan satu pertaruhan dengan seorang rakan saya," katanya.
"Oleh itu, pada 10 April lalu, saya membeli sebiji burger dan saya mula merakamkan gambarnya tetapi tidak ada apa yang berlaku. Burger itu berbau selama satu hari dan ia kemudian terhenti (tidak ada bau lagi)," kata wanita tersebut.
Roti burger itu mengecut sedikit tetapi ia masih mengekalkan keadaan asal dan kelihatan sama seperti baru dibeli. Seperti yang dikatakan wanita itu, burger itu juga tidak ada bau.
Dua ekor anjingnya, Shih Tzu dan Charlie tidak menunjukkan minat untuk memakan buger itu kerana ia tidak mengeluarkan bau.
Ketahanan buger tersebut selama enam bulan mencetuskan kebingungan dan kebimbangan ramai pihak sama ada makanan segera yang bertahan lama itu sihat untuk kesihatan.
Pihak McDonald's enggan memenuhi permintaan ditemu ramah.
Bagaimanapun, menurut satu kenyataan rangkaian restoran itu, bahan makanan segar disediakan di restoran McDonald's.
"Adalah tidak munasabah untuk menyediakan satu maklumat terperinci berhubung dakwaan (wanita itu) tanpa mengetahui keadaan makanan itu disimpan. Kami meminta orang ramai tidak membuat sebarang kesimpulan," kata kenyataan daripada rangkaian restoran McDonald's.
Menurut kenyataan itu, bakteria dan kulat membiak berdasarkan keadaan tertentu. Jika makanan kering secukupnya, ia tidak akan membesarkan bakteria atau kulat.
Wanita yang merakamkan gambar itu benci dengan dakwaan yang diterimanya menerusi e-mel bahawa dia menipu berhubung burger tersebut.
"Saya tidak tahu kenapa saya mahu menipu. Saya berharap orang ramai akan membeli burger itu dan melakukan beberapa eksperimen," katanya. - AFP "
sumber : http://www.kosmo.com.my

Read more...

Friday, October 15, 2010

Adakah Anda Seperti Ini???

Tanda anda kemaruk internet



1. Anda menulis alamat rumah anda semasa mengisi apa-apa borang dengan alamat email atau url blog anda.


2. Loceng di rumah anda bertulis “Click here to continue”


3. Pintu bilik mandi anda bertulis “WARNING: This website contains explicit adult material, please verify your age”


4. Anda menanyakan apakah ada email baru untuk anda kepada Posmen.


5. Ketika bertemu dengan rakan lama anda akan berkata: lu g mana? gua “ping” pesal ‘no reply’?


6. Anda menggunakan Google untuk mencari anak anda yang sudah tiga hari tidak pulang ke rumah.


7. “Unable to locate your server!” kata Anda ketika menerima telefon yang tersalah dail.


8. Anak-anak Anda diberi nama Ajoi.gov supaya dia jadi pegawai kerajaan atau Ajoi.edu supaya dia jadi mahasiswa nanti. 


9. Anda susah menggerakkan jari anda kerana anda sudah online selama 36 jam.


10. Ketika kereta anda terlepas simpang , yang pertama anda cari adalah tombol UNDO.


11. Anda memperkenalkan diri sebagai: youremail@… atau .domain.com


12. Anda keluar dari komuter dengan berkata “request time out!!!”


13. Ketika hidup anda mengalami stress, anda akan terfikir mengapa tubuh anda tidak dilengkapi dengan tombol Ctrl-Alt-Del.



14. Ketika anda sedang bersama dengan isteri, pintu bilik anda ada tulisan “you don’t have permission to access it”.


15. Ketika cinta anda ditolak awek anda selalu berkata “This program is not responding” sambil geleng2 kepala.


16. Jika ada orang lain yang mendekati awek anda, anda berkata kepada mamat tersebut “Sorry This Page Has Been Owned By ….”

Read more...

Internet Download Manager 5.18 + patch

slm..ari nie ak nk share2 ngn korang sume satu software yg mmg wajib la kena ada jika ad sambungan tenet..Internet Download Manager namanye..hahaha..software nie mmg sgt2 berguna untuk download ape2 sahaja dri internet..mmg jauh berbeza dgn download dgn cara biasa punye..

so ape lagi..grab la skrg..
download software nie dgn klik link kt bwh nie..\


Download Link.



DOWNLOAD NOW

Read more...

Friday, October 8, 2010

Lagi Lawak Jenaka..hahaha


Lawak 1
Majikan : kamu di pecat!
Pekerja : tapi saya tidak melakukan apa-apa!!
Majikan : itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat..



Lawak 2
Tuan rumah : adakah kamu telah mencuci ikan ini sebelum kamu mengorengnya.


Pembantu rumah : saya fikir itu tidak perlu apa gunanya mencuci ikan
yang memang berada dalam air seumur hidupnya.



Lawak 3
Seorang penumpang kapal terbang bertanya kepada seorang wanita tua disebelahnya.

Penumpang : makcik tahu tak nama lapangan terbang yang kita lepasi tadi?
Makcik : tidak.makcik tak tau.kenapa?
Penumpang : sebab anak makcik turun di situ tadi dan tidak naik semula.



Lawak 4
Guru : Mat, jika saya beri awak dua ekor arnab hari ini , dan dua ekor lagi pagi esok berapa ekor arnab yang kamu ada di rumah?
Mat : tujuh
Guru : apa maksud kamu "tujuh"?
Mat : yalah, saya sudah ada tiga ekor arnab di rumah.



Lawak 5
Seorang penerbit filem mahu menerbitkan sebuah filem yang paling canggih dalam dunia, dan dalam filem itu ada adegan pertempuran yang paling hebat pernah diadakan.

Penerbit : saya akan menggunakan dua pasukan tentera setiap satu mempunyai 25 ribu tentera.
Pengarah : kalau 2 pasukan mejadi 50 ribu, bagaimana kita mahu membayar mereka?
Penerbit : ini lah yang saya telah rancangkan, kita gunakan peluru hidup!



Lawak 6
Anak ular : ibu, kita nie beracun tak?
Ibu ular : tidak. mengapa tanya?
Anak ular : saya baru saja tergigit lidah saya!

Read more...

Lawak Dalam Kelas..hahahaha



Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu
: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera!
Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan
keadaan.


Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu :
Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu
semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan
itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Read more...

Tuesday, October 5, 2010

FINAL PROJECT PROGRESS PART 1

skrg ak nk post entri psl DGE 3044, final project ak....sekarang dlm proses pembinaan..hahaha..tajuk final project ak ialah "automatic can crusher" dlm bahase ringkasnye prototype nk kemekkn tin aluminium..the main control of this project adalah PLC NAiS a.k.a programmable logic controller version NAiS..project nie ak wt ngn partner ak..seraff..Alhamdulillah progress project ak nie brjln dgn amat baik sekali..segalany berjln dgn lancar..lebih kurang ad 1 month agi sebelum hari terakhir nk present..hurmm..da x lame da tue..sekarang nie ak n partner ak tgh nk compile program NAiS supaya leh berkerja ngn hardware untuk menterjemahkan function project nie..mmg kitorg kena struggle btol2 supaya project nie mencapai target dan berfungsi dgn baek..supervisor kitorg ialah Mdm Ig Yian Ying..credit to beliau coz byk ugk tolong kami..kpd rkn2 seperjuangan ku yg laen especially awok2 ei..gud luck 4 ur final project!!!sayams korg sume..


Read more...

Kegilaan "MEREMPIT"!!!

hahaha..ary nie ak nk post entri psl kehidupan ak lak di kampus..sekarang nie ak dan geng2 sebilik tgh gila nk merempit..hahaha..tak kire siang malam nk ajak race beb..ble da bukak games mula la kitorg siap2 nk race..asal ad org create match jep tros menjerit2 suh masuk..hahahaha..
ops!! fullstop!! mesti korg egat kitorg nie tah ape2 kn..actually kitorg bkn "merempit"seperti yg korg pikirkn..kitorg "merempit" dlm game jep..hahahaha..game MOTO GP3..bezz ooo...maen LAN sme2 ngn budak2 blik..Havoc abes..cilok sni sne..terbabass sne sni..
yg beznye ad la sowg kwn kami 2 a.k.a rima maen wrong way lak..sje nk langgar kitorg yg skema neh yg ikot jln yg btol..hahahaha..ape lgi..bertembung la jwbnye..credit to rider2..CR7 a.k.a amar, bard, sero, pyan, nijan, ame, amid..mmg bez menghabeskn mase "merempit" bersme korg sume walaupon final pojek lom ciap2 g..xpe2..ket g nk siap..
ekg ak nk post entri psl final project ak lak..coming soon..hahahaha..chow weyh!! peace!


bezz woo..jelas terasa nikmatnyee..hahaha..try maen




Read more...

PERHATIAN!!!!

Bahana letak komputer riba atas paha


GAMBAR yang disiarkan dalam majalah Pediatrics menunjukkan seorang
budak lelaki berumur 12 tahun meletakkan komputer riba di atas pahanya.


CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.
Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.
Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.
Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.
Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.

GAMBAR yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan
seperti melecur akibat meletakkan komputer riba di atas pahanya.


Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.
Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.
Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.
Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.
Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca. - AP

CREDIT TO: http://www.kosmo.com.my
Read more...

Saturday, October 2, 2010

SRS Audio Sandbox + Patch

Anda rasa system audio pc anda sudah cukup power.?
Mungkin anda perlu berpikir dua kali apabila diberitahu tentang software SRS Audio Sandbox ini..:)


Berikut sedikit penerangan tentang software ini.
SRS Audio Sandbox is a useful and reliable audio enhancement software for your PC.

SRS Audio Sandbox features: sleek interface design with energized light pulses, surround sound-even from 2 speakers, using SRS Labs audio enhancement technology.

Enjoy deep & rich bass-even from smaller speakers.

Choose from many cool presets for all your music, videos, and games. The program includes custom settings for 2 or more speakers, or headphones and compact mini mode setting to give you more desktop space.



Rasanya tidak perlu tunggu lama-lama untuk download software ini.:)

DOWNLOAD NOW


Sedikit penerangan :
Apabila anda sudah install , pada bahagian speaker, pilih 5.1 surround untuk audio system yang terbaik.(anda jug aboleh kalau hendak mencuba yang lain-lain.:)

credit to http://unwanted86.blogspot.com

Read more...

Friday, October 1, 2010

7 Perkara Mudah Seharian...

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan
Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak
disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima
musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam
sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi biasa..














Read more...

Tidur ditindih hantu????


Ditindih atau paralisis?
Oleh HAMZAH ABDUL HAMID

Ramai yang kata ternampak ‘benda’ tertentu yang menindih tubuh mereka hingga tidak boleh bergerak. Adakah itu sekadar cerita rekaan kerana tidak tahu hendak menghuraikan fenomena lumpuh sementara?
APABILA mula sedar dari tidur, Sistem Pengaktifan Retikular (RAS) 'dihidupkan' kembali, namun adakalanya otak mengambil sedikit masa untuk mencetus isyarat elektrikal kepada keseluruhan fungsi tubuh. Itulah yang membuatkan seseorang mendapati dirinya tidak boleh bercakap atau menggerakkan anggota badan.

RAKAN lama saya ini, Azam, sudah lama mengajak untuk bertemu. Katanya ada hal penting. Dia hendak mengadu tentang sesuatu yang mengganggu dirinya di rumah yang baru dua minggu disewanya di Gombak.

Katanya, rumah dua bilik yang disewa itu ‘keras’ dan dia sering diganggu ketika tidur. ‘Lembaga yang rupanya tidak jelas itu’ (seperti yang digambarkannya) akan menekan tubuhnya kuat di atas katil dan dia tidak boleh bergerak langsung. Hendak menjerit pun adakalanya tidak keluar suara.


“Banyak kali jadi macam tu. Aku tau ada ‘benda’ yang tinggal dalam rumah tu. Tapi sekarang aku dah tak takut. Cuma susah la. Aku asyik mengantuk di pejabat sebab tak cukup tidur,” ujar Azam, masih cuba berlagak berani.

‘Ah! Dari zaman asrama sampai dah umur 30, lagi-lagi cerita yang sama.’ Bisik hati saya.

Saya pun pernah mengalami kejadian yang sama, tapi tidaklah taksub sangat dengan menokok tambah cerita itu dengan kisah ‘tangan halimunan’ yang merayap di seluruh badan (seperti yang bersungguh-sungguh didakwanya).

“Betul! Aku rasa ada roh yang tak tenteram terperangkap dalam rumah tu,” sambung Azam. Malas hendak berhujah, anak mata hitam saya terus mencari langit.

Hinggalah saya mendengar penjelasan seorang rakan, Dr. Harris, yang mengulas tentang perkara tersebut dari sudut saintifik perubatan melalui penulisan dalam blog peribadinya. Nah Azam, cuba baca ini!

Sebenarnya apa yang berlaku itu merupakan fenomena paralisis tidur. Ia merujuk kepada suatu tempoh singkat yang membuatkan seseorang tidak dapat membuat pergerakan mana-mana bahagian badan ketika baru memasuki fasa hendak tidur (hipnogogik atau predormital), atau ketika hendak sedar daripada tidur (hipnopompik atau posdormital).

Apakah simptom-simptomnya? Lazimnya seseorang akan mengadu hilang upaya gerak anggota tangan atau kaki ketika baru mula tidur atau hendak sedar. Berlaku juga episod singkat paralisis otot skeletal, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Ia biasanya dikaitkan dengan halusinasi hipnogogik atau aktiviti otak yang mencetus situasi seperti mimpi.

Paralisis tidur selalunya dikaitkan dengan narkolepsi, iaitu gangguan neurologikal yang membuatkan seseorang mengalami rasa mengantuk yang ekstrem lalu boleh tertidur secara tiba-tiba. Namun begitu, ada orang yang mengalami paralisis ini tanpa menunjukkan petanda narkolepsi.

Antara penyebab paralisis tidur ini adalah seperti tidur dalam posisi terlentang terlalu lama, jadual tidur yang tidak menentu, tidak cukup tidur dan istirehat, stres dan juga pertukaran gaya hidup secara mendadak (misalnya peralihan daripada mod rehat kepada aktiviti ekstrem secara mengejut).

Dalam kes halusinasi hipnogogik tertentu, seseorang akan merasa seperti ada orang lain di dalam bilik tidur mereka. Ada juga yang trauma apabila menyangka ada ‘sesuatu’ yang duduk di atas dada hingga menyukarkan pernafasan.

Sejak berkurun, ia terjadi pada manusia dan dipanggil Fenomena Hag. Walaupun kesannya menimbulkan keresahan dan ketakutan, tiada risiko atau ancaman fizikal boleh berlaku.

Dalam dunia ini memang ada makhluk lain di dimensi yang tidak dapat ditembusi mata kasar kita. Tetapi janganlah kita jadikan ia satu-satunya alasan bagi setiap kejadian yang tidak dapat dihuraikan.

Read more...

Provokasi kotor Bendera

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF




“KAMI mohon maaf dan tidak akan mengulangi hal yang tercela ini. Apabila hal ini terulang kembali kami daripada kelompok Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) bersedia bertanggungjawab dan dihukum berdasarkan undang-undang yang diputuskan di Indonesia.”
Demikian luahan bertulis Adrian Napitupulu dari Jakarta, Indonesia menerusi laman web www.topix.com September lalu. Pemuda Indonesia itu melahirkan kekesalan gara-gara tindakan agresif Bendera menggugat hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia.
Ketidakpuasan hati rakyat Indonesia terhadap Malaysia dikatakan berpunca daripada isu lagu Terang Bulan dan tarian Pendet.
Api kemarahan rakyat di Tanah Seberang itu dilihat semakin menjadi-jadi selepas beberapa akhbar nasional Indonesia menyiarkan berita dengan melemparkan tuduhan bahawa Malaysia mendakwa tarian Pendet milik negara ini. Sedangkan, isu berkenaan langsung tiada kena-mengena dengan kerajaan Malaysia.
Hari demi hari, provokasi daripada pihak tertentu dan percaturan kotor pihak media di Indonesia membangkitkan rasa marah dan tidak puas hati di kalangan rakyat Indonesia. Hingga ke satu tahap, mereka berani mengusir orang Malaysia dengan menggunakan buluh-buluh runcing.
Bagaimanapun, laman web detik.com pernah melaporkan operasi ancaman buluh runcing di jalanan itu bertahan selama setengah jam saja, memandangkan tiada seorang pun rakyat Malaysia berada di jalan itu.
Namun kekesalan kumpulan Bendera hanya bersifat sementara. Kini mereka mengulangi perkara yang sama. Demonstrasi dalam keadaan tegang berlangsung tanpa henti di persekitaran Tugu Monas dan Lapangan Monas di Jakarta Pusat.
Bendera merupakan kumpulan yang lantang bersuara dan berada di barisan hadapan tatkala memperjuangkan hak rakyat dan negara mereka, Indonesia terutamanya yang mempunyai hubung kait dengan Malaysia.

Terbaru, mereka meradang kerana membantah penangkapan tiga anggota penguat kuasa Jabatan Kelautan dan Perikanan Indonesia oleh Polis Marin Malaysia pada pertengahan Ogos lalu.
Propaganda media Indonesia mengenai seorang pembantu rumah yang mendakwa dirogol dan diseksa dengan seterika panas oleh majikannya di Pulau Pinang turut membakar dendam Bendera.
Melontar najis
Ekoran insiden itu, kumpulan Bendera bertindak melontar najis ke Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia.
Segelintir ahli Bendera pula mengugut melancarkan Sweeping Malaysian iaitu protes mengusir rakyat Malaysia dengan mengadakan sekatan jalan raya di hadapan ibu pejabat Bendera di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat.
Kumpulan itu semakin hilang pertimbangan apabila membakar dan memijak-mijak bendera Malaysia. Ketika Malaysia meraikan sambutan Kemerdekaan yang ke-53, sekumpulan penunjuk perasaan Bendera mengumpul cap jari darah pada sehelai kemeja-T sebagai hadiah kemerdekaan Malaysia.

KEMARAHAN kumpulan Bendera terhadap Malaysia tercetus gara-gara beberapa isu yang melibatkan kebajikan rakyat Indonesia.


Menurut Koordinator Bendera Mustar Bona Ventura Manurung, 35, mereka mencadangkan agar kerajaan Indonesia memikirkan kaedah untuk membawa pulang hampir dua juta rakyat Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia. Ia bertujuan mempertahankan kehormatan dan kedaulatan Indonesia.
“Sebaik sahaja semua Tenaga Kerja Indonesia (TKI) pulang, maka hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia harus segera diputuskan. Lagipun kerajaan Malaysia enggan memohon maaf kepada rakyat Indonesia berhubung beberapa insiden yang berlaku.
“Kemarahan kami sukar dibendung lagi. Bendera akan bertindak lebih agresif,” ujar Mustar, bekas penuntut di Sekolah Menengah Pertama Kristen (SMPK), Bogor, Indonesia.
Sementara itu, Pensyarah Sosiologi, Jabatan Sosiologi dan Antropologi, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Fatimah Daud mencabar pemerintah Indonesia membawa pulang semua rakyatnya di negara ini.
Hidup miskin
Pemerintah Indonesia diminta membuka peluang pekerjaan di sana dan tawarkan bayaran sama seperti yang majikan Malaysia berikan. Persoalannya adakah mereka mampu melaksanakannya?
Fatimah yang menjalankan kajian tentang pembantu rumah enam tahun lalu mendapati hampir 90 peratus responden Indonesia mencari rezeki di Malaysia kerana tidak tahan hidup dalam kemiskinan di negara sendiri.
“Demonstrasi kumpulan Bendera tidak relevan dan ia mengugat periuk nasi rakyat Indonesia yang mencari makan di Malaysia bagi menampung kehidupan keluarga di negara mereka,” keluh Fatimah.
Tambah Fatimah, ketika Bendera sibuk memperjuangkan nasib TKI, sedangkan tanpa mereka sedari hampir 1.9 juta rakyatnya di negara ini lebih banyak mendatangkan kesan buruk.
Sejak TKI membanjiri Malaysia, warga tempatan tidak tenang menjalani kehidupan harian. Setiap hari ada saja paparan negatif seperti merompak, membunuh dan merogol yang melibatkan rakyat Indonesia.
“Kita sudah jelak dengan kerenah rakyat Indonesia yang buat perangai di sini. Isu pembantu rumah membuat onar sentiasa berlaku. Saya sendiri mengalami masalah kerenah pembantu rumah.
“Selama tiga tahun berkhidmat, pembantu rumah saya kerap mencuri barang kemas, pakaian, kosmetik, produk mandian dan perkakasan dapur. Segala-galanya terbongkar apabila saya menggeledah biliknya. Selain itu, dia juga menyorok barang yang curi di dalam tong sampah dan seluar dalam yang berzip,” tegas Fatimah.
Kerenah pembantu rumah
Sementara itu, Tengku Nor Fawizah Tengku Nujumuddin, 60, yang pernah menggunakan khidmat enam orang pembantu rumah sebelum ini telah mengalami kerugian melebihi RM40,000.
Kos pengurusan dan gaji yang dibayar tidak setimpal. Rata-rata bekas pembantu rumahnya tidak mendengar kata, malas dan bekerja sambil lewa.
“Sebagai pembantu rumah mereka seharusnya melakukan tugasan rumah, bukanya bersantai dan tidur saja. Ada juga yang memberontak dengan berguling-guling di lantai apabila ditegur,” terang Tengku Nor Fawizah ketika dihubungi Kosmo!
Bagi pembantu rumah, Dahlia Mahmud, 22, dia enggan pulang dan bekerja di Indonesia. Kata anak keempat daripada lima orang adik-beradik itu, dia cukup selesa dan seronok bekerja di Malaysia dan mempunyai majikan yang baik.

KUMPULAN bendera seharusnya memikirkan cara untuk memberi kehidupan baik kepada rakyat Indonesia bukan sekadar mencetuskan provokasi yang menggugat hubungan
dengan negara lain.


Sepanjang empat tahun di Malaysia, Dahlia bersyukur kerana dapat mengubah taraf hidup keluarganya di Medan, Indonesia.
“Dulu rumah saya hanya berdindingkan papan dan mempunyai sebuah bilik saja. Saya bersyukur kerana dapat membantu keluarga membina rumah batu yang mempunyai tiga bilik.
“Setiap bulan saya kirim RM400 kepada keluarga untuk belanja harian,” tutur Dahlia yang meringankan beban bapanya sebagai pengayuh beca.
Selain dilema pembantu rumah, masyarakat tempatan juga gusar dengan romeo Lombok yang membawa lari anak-anak gadis ke sana.
Lelaki-lelaki Indonesia dari wilayah Lombok di Mataram itu langsung tidak memikirkan kebimbangan keluarga gadis-gadis berkenaan. Itu tidak termasuk kos yang terpaksa dikeluarkan badan bukan kerajaan (NGO) atau kerajaan untuk membawa pulang wanita Malaysia yang menderita di Lombok.
Misalnya, kes yang berlaku terhadap Noor Fadilah Ahmad, 18. Dia melahirkan kekesalan kerana lari ke Lombok tanpa restu ibu bapa semata-mata terpengaruh dengan pujuk rayu teman lelaki, Nasrudin Dahrom, 24.
“Kehidupan di Lombok jauh berbeza dengan di Malaysia termasuk terpaksa memasak menggunakan kayu api, apa pun itu semua menjadi pengajaran dan memberi pengalaman baru kepada saya,” katanya kepada pemberita selepas pulang ke Malaysia dua tahun lalu.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Unit Kecemerlangan Warisan, Bahagian Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden, Universiti Putra malaysia (UPM), Dr. Mohd. Sharifudin Yusop, menyifatkan tindakan Bendera sebagai melampaui batas.
Pengikut adalah penganggur
Mereka hanya melihat kekejaman majikan Malaysia, sedangkan ramai rakyat Indonesia yang mencetuskan pelbagai masalah di negara ini.
Sebagai salah seorang konsultan dari Malaysia yang turut serta mengendalikan portal Melayu di Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu (BKPBM), Yogyakarta, Sharifudin kerap berulang-alik dari Malaysia ke Yogyakarta serta singgah di Jakarta.
“Kumpulan Bendera tidaklah segah yang dipaparkan media. Sebenarnya, segelintir ahli saja yang lantang bersuara. Sebaliknya, ratusan yang lain hanya pengikut yang terdiri daripada penganggur dan orang gelandangan.
“Barangkali kata-kata saya agak sinis tetapi hakikatnya kumpulan Bendera berdemonstrasi kerana terdesak dan kesempitan hidup,” ujar Sharifudin mengenai rakyat Indonesia yang menyertai Bendera semata-mata untuk mendapatkan makanan.
Sebelum ini koordinator Bendera, Mustar menafikan dakwaan bahawa ahli kumpulan Bendera mengikuti demonstrasi kerana dibekalkan sebungkus nasi campur dan dibayar upah 30,000 rupiah (RM10.45) hingga 40,000 rupiah (RM13.90).
Tambah Sharifudin: “Perkara tersebut sememangnya berlaku. Saya melihat sendiri penganjur memberi sepuntung rokok, air kotak dan nasi bungkus sebagai upah kepada mereka yang menyertai demonstrasi tersebut.”

Read more...